Rahsia Di Sebalik Rumah Terakhir Tukang Kayu Ini!


Seorang tukang kayu yang sangat mahir dalam pertukangan kayu sudah bosan dengan pekerjaannya dan ingin berhenti untuk berehat dan bekerja dengan lebih santai. Bosnya yang menghargai kemahirannya meminta dia menyiapkan satu rumah kayu lagi sebelum berhenti. Tukang kayu bersetuju tetapi melakukan pekerjaan dengan kualiti rendah kerana hatinya sudah tiada pada pekerjaan itu. Terkejutnya, rumah yang dibina secara sambil lewa itu adalah hadiah dari bosnya untuknya sendiri. Kisah ini mengajar kita tentang pentingnya melakukan setiap pekerjaan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, kerana hasil yang baik akan memberi impak yang positif dalam kehidupan kita.

Highlight Penting:

  • Tukang kayu mahir: Sangat cekap dalam kerja pertukangan.
  • Ingin berhenti kerja: Mahu berehat dan bekerja lebih santai.
  • Permintaan bos: Meminta siapkan satu rumah kayu terakhir.
  • Kualiti rendah: Mengabaikan kualiti kerana sudah bosan.
  • Hadiah bos: Rumah tersebut adalah hadiah untuk tukang kayu.
  • Pengajaran: Lakukan pekerjaan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana impaknya akan dirasai kemudian.

Info Penuh

al kisah, si tukang kayu
Seorang tukang kayu yang sangat mahir dlm pertukangan kayu, beliau sudah bosan dgn kerja beliau dan ingin meninggalkan pekerjaannya. Dia kemudian memberitahu bos tentang rancangan untuk berhenti keja, dan untuk berehat dan bekerja lebih santai.

Bosnya rasa terkilan, disebabkan beliau perkerja mahir dan bagus dlm pekerjaan, bosnya bertanya pada beliau, sblm berhenti blhkah tolong siapkan sebiji lagi rumah kayu.

Tukang kayu tersebut bersetuju, dia memastikan bahawa ini adalah projek terakhirnya.

Kerana ingin segera siap, tukang kayu tersebut tidak terlalu memikirkan kualiti rumah yg dibina, kerana hatinya sudah tiada dalam pekerjaannya.

Dia melakukan pekerjaan dengan buruk dan hanya menggunakan bahan-bahan kualiti rendah.

Setelah rumah itu selesai, tukang kayu menelefon bosnya dan menunjukkan hasil rumahnya. kemudian bosnya menyerahkan beberapa kertas dan kunci pintu pada tukang kayu sambil berkata, “Ini rumahmu, hadiahku untukmu.”

Tukang kayu itu terkejut saat mengetahui bahawa dia sedang membangunkan rumahnya sendiri. Jika dia tahu itu akan menjadi rumahnya, dia akan membuatnya dgn lebih baik daripada rumah lain yang pernah dia bangunkan.

Inilah lumrah kehidupan, jika kita sentiasa ikhlas akan sesuatu perkara, jujur dalam melakukan pekerjaan dan melakukan dengan bersungguh sungguh. Walau apa sahaja gerak kerja yang kita lakukan akan hasilkan impak yang lebih baik.

Siapa sangka tuah kita muncul bila. Jadi sentiasa lakukan sesuatu dengan usaha yabg sebaik mungkin.

Sekian



[vid_embed]

Rujukan : disini